Pages

Saturday 29 October 2011

EnTaH hApA-hApA eNtAh

hari ni 29 oktober 2011 genap umur aku yg ke tuttt..haha...biarlah rahsia...mmg best lah bila sesuatu yang baik jd bila besday kita...semua doa pun baik2 je...tp kdg2 kala hidup terasa 0...bosan...yang pasti hidup kene selalu bersyukur dgn apa yang ada...

ni je kot untuk mlm ni..haha...xde idea nk tulis apa...kn aku dh ckp..entah hapa hapa entah

Monday 24 October 2011

CiNtA - AnTaRa BaHaGiA AtAu SeNgSaRa


Ramai yang merana kerana cinta dari bahagia...ke mana dan di mana hala tuju cinta, kita yang merancang dan meletakkannya...kita yang bertanggungjawab atas segala apa yang kita tanggung, samada bahagia, derita atau sengsara...
AKu tak tahu kenapa aku nak juga cerita pasal benda ni. Mungkin korang semua muak bila aku bercerita tentang cinta..Cinta, cinta dan cinta..Cinta terlalu subjektif untuk diperkatakan. Namun aku suka untuk berkongsi cerita tentang cinta. Mana tahu boleh motivate orang lain kat luar sana.
Dalam hidup kita, kita perlu meletakkan diri kita sejajar dengan kemampuan kita. Kita tidak perlu mendongak ke langit yang sangat tinggi. Berpijak dibumi yang nyata. Mengharap sesuatu setinggi langit biru...ingin terbang tinggi menggapai bintang di langit..Tidak mungkin ia berlaku...
Kenapa aku selalu mendengar keluhan2 derita dari pencinta2 di luar sana?. Sampai ada yang sanggup telan pil tidur kerana cinta. Sampai ada yang sanggup lari jauh dengan keluarga kerana cinta?? Adakah itu jalan penyelesaian untuk melupakan sebuah perhubungan yang telah terjalin??Ada yang bertahun menutup pintu hati terus dari menerima cinta dari insan lain. Kita tidak boleh menidakkan takdir.
Kenapa kita menderita kerana cinta yang gagal?. Sebenarnya. kita tidak pernah menghayati hakikat sebenar kehidupan. Kita terlalu mengikut perasaan. Cuba kalau kita fikir2 balik, renung2kan, ramai lagi manusia kat luar sana yang jauh lebih menderita. Lebih dasyat, malah bukan disebabkan CINTA. Berapa ramai ibu kehilangan anak kandung mereka?Anak mati lemas, anak dibunuh bapa sediri depan mata ibunya, anak diculik, dan kehilangan2 keluarga terdekat. Hilang untuk selamanya.. Cinta mereka jauh lebih bererti dari cinta kita terhadap kekasih. Hanya bergelar kekasih! Adakah takdir dan penderitaan mereka hanya sebuah jalan cerita sedih yang biasa?
Pandang dan buka mata hati luas2, di sebalik apa yang berlaku sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi. Apa yang tersurat, memang ada hakikat yang tersirat. Kadang-kadang kita lupa kenapa Allah s.w.t menarik nikmat keindahan dan kebahgiaan yang pernah kita miliki. Allah s.w.t terlalu sayangkan hamba-hambaNya. Mungkin itu adalah peringatan awal Dia terhadap kita supaya kita sentiasa mengingati Dia.Yang penting, kita kene yakin bahawa Allah s.w.t itu MAha Adil kepada hamba2Nya. Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Percayalah, setiap sesuatu yang ditakdirkan ke atas kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Aku pun pernah putus cinta juga, malah aku dan bekas tunang aku berhabis ribuan ringgit untuk bertunang. Bertahun menyulam cinta, bila bertunang, x sampai setahun dah putus. Tapi aku redha, ada sesuatu yang menjadi punca perpisahan.Samada kita sedar atau tidak. Mungkin perpisahan itu membawa kebaikan yang mungkin kita takkan dapat bila kita masih bersama. Memang segala kemungkinan itu, kita susah nak mengetahuinya, tapi jika kita yakin, ada sesuatu tersembunyi di sebaliknya, nescaya kita akan tenang menghadapi dugaan perpisahan itu. Sehingga kini aku masih belum dapat menerima orang lain dalam hidup aku. Bukan kerana kecewa lantaran kegagalan cinta yang lama, tapi, soal hati memang kita tidak boleh dipaksa. Hakikat tetap hakikat.
Aku tak nafikan, dalam hidup aku terlalu byk dugaan yang aku telah tempuhi, malah ada yang sedang aku lalui..Hanya Allah s.w.t sahaja tahu apa yang aku lalui kini. Namun aku hadapi dgn penuh kesabaran dan kekuatan. Kekuatan terbina atas dasar kesabaran dan keyakinan. Dan aku sedar, bahawa aku perlu kuat untuk menggalas beban2 hidup ini.
Aku bersyukur, kerana sehingga kini aku diberi peluang untuk menjalani hidup ini dan memperbaiki segala kelemahan diri. Menyelesaikan satu persatu masalah yang ada. Menjadikan hidup aku lebih matang dan bermakna dari meniti arus kehidupan. Jangan sesekali mudah berputus harap. Yang penting, yakin..yakin Allah membantu kita, yakin ada hikmat atas apa yang berlaku. Dan jangan sesekali kita lupakan Dia bila hidup kita dah senang. Semoga apa yang aku share ngan korang kat luar sana, lebih memberi manfaat. Dan hanya kita yang dapat membawa cinta itu ke arah kebahgiaan dunia dan akhirat. Wassalam.

Saturday 22 October 2011

nAkAL


Sebenarnya aku ni memang seorang yang sangat aktif dari zaman sekolah lagi..Nakal pun iye gak..Dulu memang tak dinafikan, since masuk sekolah teknik (nama dirahsiakan) haha..aku memang malas belajar..tapi kalau bab sukan, memang laju la...aku akan take part ape je jenis sukan..
Jangan tak tahu eh, aku memang nakal, siap pernah kene panggil masuk dalam bilik kaunseling. Hahaha...tapi smart gak aku ni, kalau aku nak ponteng kelas ke..balik hostel tdo ke, sure aku buat sorang2..kalau buat sorang2 xde lah kantoi...
Teringat aku kat satu cerita dulu, masa di teknik..aku, Aja, Yani, Yato, Mascene, dan Net (tu je kot) dok kenakan student laki..kiteorang bangun sebelum subuh, pastu kiteorg p bancuh air sabun selikat-likatnya (rembat sabun, softener, syampoo entah sapa sapa entah) dlm gayung..memang super dooper likat lah weh...dan kiteorg g tuang kat lantai depan pintu dewan makan student laki...tak lama sebelum masing2 g kelas, kiteorg dok perhati kan, sorang2 student laki yang masuk, dan yang x bernasib baik tu jatuh..haha..masa tu kiteorg bantai cover gelak..masing2 x tahan nak gelak...ramai lah yang patah balik naik hostel p tukar seluar..sian diaorg..masa tu masa sekolah, budak2 lagi, x terfikir lak dosa menganiaya..hehe..
Aku rindu zaman sekolah sbb dulu aku aktif sukan...sekarang ni masih aktif, tp futsal je..(top scorer hokey)..dulu pun aku top scorer gak utk team hoki sekolah aku..Bola jaring pun aku wakil sekolah dan daerah..memang best kalau ingatkan balik zaman sekolah2..10 tahun dan aku tinggalkan zaman sekolah aku..sangat syahdu bila mengenangkan terlalu pantas ia berlalu di mamah usia....

Friday 21 October 2011

HuRt

LaYaKkAh AkU??

Layakkah aku hidup senang macam orang lain??itu persoalan yang sebenanya kita takda hak untuk bertanya..Allah Maha Kaya..Maha Mengatahui apa yang terbaik untuk hambaNya...Aku bersyukur sbb saat ini aku dapat memenuhi satu keinginan aku untuk sambung belajar..memang baru sem 1, degree pulak tu, tapi jika aku sertakan dgn kesabaran, nescaya ada habuan untuk aku. Yang penting aku yakin...
Mungkin masa yang sesuai yang aku nantikan selama ni telah tiba..Selama ini aku menolak segala keinginan aku untuk sambung belajar sebab aku tak mampu dari segi kewangan. Sekarang alhamdulillah, dengan penuh rasa rendah diri, kini aku dapat menyambung pelajaran aku walaupun part time study je..
Kini aku bekerja di syarikat swasta di Shah Alam sebagai Legal Assistant. Dengan gaji x seberapa, tak dinafikan, aku terpaksa menolak keinginan hati untuk mendapatkan apa yang aku hajati. Sebab aku tahu, itu semua bukan keperluan tetapi hanya kehendak hati. Bersyukur kerana aku sentiasa dipermudahkan untuk menjalani hidup. Walaupun kadang-kadang aku sesak poket. Zaman sekarang ni, apa pun tak boleh tanpa duit. Target aku nak dapatkan degree, untuk upgrade life aku..korang doakan lah ye supaya aku dapat hidup senang suatu hari nanti....
                                                      Reenz & Rin Naz

Kat ofis aku memang ramai kawan-kawan..Nak nak aku satu tempat kerja dgn kak long & akak ipar aku..semua terkawal.. Aku ada kak zana, nor, rina, hasrah, jit, elsie, stella, kak mai, dan ramai kawan2 aku dr TA kolej gak, Rina, Mawar, Aswad, Is, Cikgu Is, Cikgu Shaiful, Cikgu Shariff, Shila, dan yang paling best aku ada Reenz...cikgu2 ni cikgu2 paling sempoi aku kenal.Tapi dalam ramai-ramai ni, aku paling rapat dgn reenz, kalau reenz xde, x berwarna-warni lah kehidupan aku kat pilecon ni. Aku selesa dgn dia, selesa untuk berbicara soal apa saja, dan boleh bertukar-tukar idea dan pendapat.

                                        Ni cikgu-cikgu sporting, rajin bawa aku mkn ikan bakar..

HiDuP iNi peNuH DeNgAn "FlAsHbAcK"

Teringat aku keindahan persandingan kawan baik aku..amoi..diijabkabulkan pada 23.10.2010..lg bbrp hari je nak anniversary mereka...Rasa mcm x percaya amoi kawen. Tapi itulah hakikat, setiap manusia dicipta berpasangan. Cuma aku je yang belum tahu siapa, mcmane, dari mana bakal laki aku nanti..hehe..emo ni...Malam tu aku, Aja, Efy, Hanan & Intan bermalam di batu 23, resort tepi laut berhampiran dgn rumah amoi...memang malam tu aku x boleh tidur..sampai ke pagi aku dgn Intan layan perasaan kiteorg di beranda chalet tu..

Kemeriahan bertambah dengan kehadiran kwn2 sekolah, kwn2 futsal, dan ramai lagi...Yang paling best bila photographer nya laki Asmah, Izul & partner..hah!!memang havoc la kiteorg..aku, Emmy, Anum, Alyn, Lily, Intan, Zila, ntah sapa lagi memang over exposed la kan..mcm biasa lah..sapa yang x kenal mnah2 ni..kaki bergambar semua nya...Kalau korang suka, korang tgk lah website Izul ni...dia ni memang sgt sporting..aku pun klu kawen t nak dia jd photographer aku..sbb aku nak gambar2 aku nampak hidup..ceria...biar hari tu nanti dirakam dgn penuh bermakna..cewahhh...Korang Mesti Suka...

Thursday 20 October 2011

family I love


 love my family with my hold heart.
My love is Joy to love my family
Family is sad and happy and love.
Family is fun and painful and pretty.
My family is like all families we have
love and we have happiness and tears
I love my hold family
My family is like angels who fly in sky
I am grateful that I have family that loves
me.
My family are kind and nice and fun to be
around
My family is painful like all familys are and
heart breaking and Evil sometimes
My family is heart breaking and deadly like
everyone else
Hey I can't stop loving my family not matter what
it coats in the family.
Way my family is just makes me want have family
with someone be as good as they are.
But God know I love my family
and our love is great to have in life
and even know they leave he world they still
a live in my hearts.

TiPs Kekalkan Awet Muda..Tua sudah pasti akan kita hadapi, tetapi kita masih boleh mengekalkan seri wajah yang sentiasa kelihatan muda..hahaha..jom!!

Jom kita survey dan list kan semua fakta agar kita sentiasa kelihatan lebih awet muda berbanding usia...aku percaya, mesti korang mengidamkan status awet muda tu kan...try la korang amalkan tips kat bawah ni..

SENTIASA MENGAMALKAN PENGAMBILAN MAKANAN ANTI OKSIDAN..The Owner’s Manual for Extending Your Warranty menunjukkan bahwa antioksidan merupakan  makanan anti penuaan, dan salah satu makanan sumber antioksidan yang paling ia sukai adalah blueberry. Ia berkata bahwa, “Semua makanan berwarna gelap memiliki semacam zat antisoksidan yang dapat melindungi anda.” Makanan anti penuaan lain diantaranya brokoli, tomat, dan acai, buah kecil yang berasal dari hutan di Amerika Selatan yang sering ditemukan pada minuman jus di Amerika Serikat. Ia menyarankan anda makan 5 macam makanan yang mengandung antioksidan setiap harinya.
BEROLAHRAGA ATAU KATA LAINNYA "EXERCISE" YE...
tahukah korang bila kita berolahraga atau bersukan, kita telah meletakkan diri kita seiring dengan kehendak tubuh badan kita untuk sentiasa sihat. Jauh dari penyakit, menaikkan kadar metabolisma badan kita dan mengelakkan kita daripada obesity...bila kita sihat, cergas, minda pun tenang..so, aura positif dalam bdan tu menjauhkan kita dari cepat dimakan usia...
SENTIASA MENGUKIR SENYUMAN MACAM SAYA...
tak salah kalau kita sentiasa melemparkan senyuman, dan sentiasa menampakkan wajah kita penuh kebahgiaan..dari luaran lah membentuk keceriaan dlm jiwa ni..kalau dan selalu muram, durjana, lama2 muka kita pun jadi suram gak la..sudahnya, cepat la berkedut sana sini nanti...
PENUHKAN JIWA DENGAN KASIH SAYANG
ni penting, kalau jiwa kita kosong,. xde kasih sayang, kita akan sentiasa nak marah2..sikit ada yang tak kene, mesti nak mengamuk..ni mmg x bagus untuk org yang nk kekal muda..kalau nak tua, marah2 lah selalu ye..haha
NI PENTING, CUKUP TIDUR...
semua orang tau kot kenapa kita perlu cukup tidur..malas nak explain..mata dah mengantuk..
DAN YANG AKHIR DALAM PENULISAN AKU NI..BIJAK ME "MANAGE" STRESS...
sebenanya kita manusia memang takkan lepas dari dugaan..walau ia sebesar zarah..tapi kita manusia diberi akal dan fikiran..walau apa pun dugaan datang, kita perlu hadapi, buka lari jauh..hadapi dengan tenang, dan yang penting percaya..SESUATU YANG TERJADI PASTI ADA HIKMAT..jadi, bijak mengtur perasaan agak ia mudah menerima dugaan...dengan ini memberi kesan kepada kehidupan kita sehari-hari dengan lebih ceria dan tenang..bila kita ceria, jiwa tenang, aura positif dlm badan akan naik ke raut wajah..orang disekeliling kita pun akan senang bila bersama kita..

banyak lagi la..korang google lah eh sendiri..haha

TeRaPi haTi

Tahu ke korang yang hati memerlukan terapi untuk merembeskan segala aura-aura negatif???macam tu juga dengan aku..aku sentiasa memberikan sesuatu yang bermakna supaya hati aku sentiasa bersih, dan terhindar dari keracunan..jiwa dan hati yang beracun ni bahaya tau....salah satu terapi yang paling berkesan..penuhi jiwa dan hati dengan penuh kasih sayang dan yang penting ikhlas dan jujur...macam aku, pupuk kasih sayang bermula dari rumah..sayang pada seluruh ahli keluarga...baru lah ia akan melekat dalam hati dan seterusnya akan sebati dalam diri sikap penyayang...tengok gambar kat atas tu..haha..kasih sayang dengan binatang pun dipanggil kasih sayang tau..kasih sayang terhadap makhluk ciptaan Allah s.w.t...balik kerja, stress kan..bila kita layan kucing2 tu, bagi dia makan..kita akan rasa sangat puas..sebenarnya mereka juga mempunyai suatu perasaan yang penyayang terhadap tuan mereka...kalau korang x percaya, korang try la...hehe

MenYiNtAi AkU dEnGaN sEaDaNya


malam ini malam untuk aku berbicara soal cinta...terlalu banyak persoalan yang harus aku selesaikan...cinta??huh!!terlalu sukar untuk kita merungkai maksud cinta..jauh mana kita leka dengan cinta...akan kita sedar bahawa cinta pada Allah s.w.t lah satu-satunya cinta sejati yang kita harus hargai..
menghargai erti sebuah cinta bukan mudah rupanya. Aku melaluinya dengan penuh keinsafan..penuh tangisan, penuh gelak ketawa..saki baki kehidupan yang ada ni, akan aku suburi dengan baja percintaan yang sejati dan suci..sesuci embunan di pagi hari...sesegar tipuan angin di tepi lautan...seharum semburan wangi-wangian...
ya Allah, bersujud kepadaMu membuat aku lebih tenang, lebih mengenal apa itu kehidupan..ampuni aku sekiranya aku jauh tersasar selama ini..bukakan hatiku untuk terus bersujud kepadaMu ya Allah...temukan aku kepada cinta sejatiku...amin....

ThE FoRbiDdeN LoVe

My life is built with a beautiful dream
I make that dream so mad
Dream that will never become a reality
This dream is a nightmare
The dream is a dream to live with him
Dream to live happy with you
But this fact will always speak another
Why …. Because this is a forbidden love
Love that is prohibited by all persons
Because love is strange and not in place
Although we force this relationship we will never be united
Therefore, I decided to finish this forbidden love
Enough already this heart away and tortured
Hopefully you are happy with the other
This is end of the we love story, and I must to forget you
This is sufficient to be a story of forbidden love.

Bermula cerita suatu kisah....

hai...walaupun aku baru hendak berjinak-jinak dalam dunia "blogger" dan baru teringin nak buat "blogger"..namun banyak cerita untuk aku share dengan korang...
kehidupan yang terlalu banyak ranjau duri, suka duka, tawa nangis, membuat aku lebih matang menghadapi dunia serba mencabar ni...

eh, nantilah...nak sambung buat assignment dulu...haha..blog ni selingan je...tata