Pages

Monday 21 November 2011

Doa Pendinding Amalan Seharian..InsyaAllah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doa yang dipaparkan ini adalah baik untuk dijadikan sebagai amalan pendinding dengan izin Allah. BAcalah 3 x di waktu pagi dan petang. Mohonlah perlindungan kepada Allah

Tadhkiyyah Sebagai Terapi Merawat Jiwa Insan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua kembali dalam lembaran maya pada kali ini. Artikel pada kali cenderung memerihalkan bab penyucian jiwa manusia daripada sifat-siafat tercela. Semoga beroleh manfaat daripadanya.


Pengenalan
Pada prinsipnya, insan diciptakan oleh Allah S.W.T dalam keadaan fitrah. Ia dapat difahami bahawa insan dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih daripada sifat-sifat tercela. Namun begitu, dalam proses perkembangan sebagai seorang manusia ia perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran yang akan mengujinya untuk menjadi insan yang terpuji. Islam telah memberi panduan bahawa jiwa setiap insan perlu disuburkan dengan nilai-nilai rohaniah yang berfungsi sebagai pelengkap kepada akhlak manusia. Justeru itu, nilai-nilai yang dinyatakan tersebut menjadi penggerak, pendorong dan pemangkin kepada seluruh perlakuan dan tingkah laku manusia yang memantulkan tindakan yang bersifat mahmudah seperti amanah, sabar, toleransi, suci hati, ikhlas, bertanggungjawab, berfikiran positif dan sebagainya. Kepentingan untuk menghayati nilai-nilai terpuji yang diutarakan oleh Islam adalah bertujuan untuk memeberi panduan kepada jiwa insan supaya selari dengan konsep khilafah dan khalifah al-ard.


Proses untuk melahirkan insan yang memiliki hati budi yang luhur memerlukan kepada sesuatu unsur yang bertindak sebagai daya untuk membentuk acuan keperibadian yang unggul. Bagi memenuhi aspirasi objektif murni tersebut, konsep tadhkiyyah dilihat sebagai mekanisme yang penting untuk membersihkan jiwa manusia daripada dicemari dengan unsur-unsur yang boleh menghalang pintu hati daripada menerima pancaran sinar taufik Ilahi. Dengan kata lain, nilai-nilai yang terkandung dalam konseptual tadhkiyyah dilihat sebagai agen penyucian yang bersifat dinamis untuk membersihkan zahir dan batin manusia melalui terapi rohaniah. Di samping itu, ia juga turut membersihkan sistem jaringan manusia sama ada yang melibatkan interaksi manusia dengan Allah, sesama manusia, alam dan juga makhluk lain.

Oleh kerana insan dikategorikan sebagai makhluk dwi dimensi iaitu zahiriah dan batiniah ia dianugerahkan dengan potensi yang istimewa sama ada cenderung kepada jalan kebaikan atau sebaliknya. Meskipun manusia diberi alternatif untuk memilih dua jalan tersebut atas kapasitinya sebagai khalifah al-ard, namun ia bertanggungjawab sepenuhnya di atas pilihan tersebut. Ini kerana, manusia telah dikurniakan dengan keupayaan yang istimewa berbanding dengan makhluk lain iaitu potensi akliah, rohaniah, jasmaniah dan bimbingan wahyu bersesuaian dengan fungsinya untuk memakmurkan alam ini. Atas keperluan ini, konsep tadhkiyyah dilihat sebahagian daripada keperluan rohaniah yang penting kepada manusia sebagai persediaan untuk untuk menuju ke maqam yang lebih tinggi atau dikenali sebagai insan yang kamil.

Dalam mengupas persoalan ini, intelektual falsafah Islam seperti al-Ghazali dalam karyanya bertajuk ”keajaiban-keajaiban hati” memberikan pandangan bahawa konsep tadhkiyyah yang digagaskan oleh Islam perlu mencakupi unsur-unsur nilai tertentu. Pada asasnya, unsur-unsur tersebut perlu dikombinasikan secara komprehensif untuk membentuk kerangka asas kepada konsep tadhkiyyah seperti yang dituntut oleh syara`. Unsur-unsur nilai yang yang dinyatakan adalah seperti berikut:

1- Taharah: i-Ia memberi konotasi iaitu mensucikan tubuh badan manusia daripada najis dan benda-benda kotor pada syara`.

ii-Membersihkan anggota tubuh badan manusia daripada perbuatan atau tindakan yang diklasikasikan sebagai dosa.

iii-Membersihkan pandangan mata hati manusia daripada tingkah laku yang dikategorikan sebagai akhlak yang buruk dan dikeji oleh syara`.

iv-Membersihkan aspek batiniah manusia daripada memfokuskan perhatian kepada semua perkara melainkan kepada Allah S.W.T.

2- `Ibadah: Ia memberi maksud mengabdikan diri kepada Allah S.W.T secara mutlak.

3- Dhikir: Dalam konteks ini, manusia sentiasa melazimi mengingati Allah dan mengiktraf kebesaranNya secara istiqamah setiap masa dan waktu.

4- Doa: Sebagai makhluk yang lemah, manusia sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T. untuk memohon bantuan dan pertolongan.

5- Taubat: Manusia sentiasa menginsafi setiap tindakan yang dilakukan dan mendisiplinkan diri memohon keampunan kepada Allah ke atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.

6- Sabar: Ia merupakan sebahagian daripada nilai luhur yang dituntut untuk dihayati oleh setiap manusia. Melalui nilai tersebut, ia dapat meningkatkan daya ketahanan dalaman diri manusia bersabar menerima segala ujian yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T.

7- Muhasabah: Apabila wujudnya penghayatan nilai ini dalam diri manusia, ia akan membuka pintu kesedaran pada hati dan akal manusia untuk menilai dan mengkritik setiap tindakan yang dilakukan menurut pertimbangan syara`.

Justeru itu, apabila wujudnya keharmonian unsur-unsur yang dinyatakan tersebut dalam ruang lingkup konsep tadhkiyyah, ia menjadi panduan kepada manusia untuk diterjemahkan dalam tindak-tanduknya. Hakikatnya, perbuatan manusia yang diwarnai dengan konsep tadhkiyyah ternyata memberi kesan yang positif terhadap pola perlakuannya. Ini kerana, konsep tersebut dilihat sebagai terapi batin untuk merawat penyakit-penyakit rohani yang dihadapi oleh manusia. Jiwa manusia yang bertuhankan hawa nafsu seringkali gemar kepada perlakuan-perlakuan yang keji seperti hasad dengki, tamak, sombong, menipu, rasuah, membunuh, berzina, pecah amanah dan sebagainya. Dengan kata lain, jiwa manusia yang terpengaruh kepada bisikan syaitan dan hawa nafsu akan menzahirkan nilai-nilai tercela dalam tindakan mereka. Malah sifat-sifat kejahatan yang terpancar dalam diri individu tersebut akan menafikan cahaya kebenaran dan kebaikan yang dituntut untuk dilaksanakan oleh setiap manusia.

Ketentuan ini dirakamkan dalam al-Qur’an seperti firman Allah S.W.T yang bermaksud:

”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk(isi neraka jahanam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat–ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (hati), (tetapi) tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga, (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-`A`raf:179)

Mengambil istifadah daripada mafhum ayat tersebut ia memberi satu pengajaran dan keinsafan kepada kita bahawa jiwa manusia yang tidak mensyukuri ni`mat Allah dianalogikan seperti haiwan bahkan lebih rendah lagi darjat binatang ternakan. Oleh yang demikian, berpegang kepada konsep tadhkiyyah, ia dapat melembut dan menjinakkan jiwa manusia supaya melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang ditegah. Jiwa yang bersih dan akal yang jernih dengan akidah yang betul akan melahirkan manusia yang seimbang dari aspek emosi, fizikal dan spiritual. Ironinya, jiwa yang kontang dan pemikiran yang singkat dengan suluhan iman mengakibatkan manusia lalai dan tercari-cari objektif kehidupannnya. Jiwa individu yang kosong dan berpenyakit tersebut tidak pernah merasa puas dengan kejahatan dan kesombongan yang dilakukannya.

Kesimpulan
Konklusinya, tadhkiyyah adalah sebahagian daripada mekanisme yang boleh diaplikasikan untuk merawat jiwa manusia yang sakit. Jiwa manusia yang bebas dan tidak terikat dengan pedoman agama akan memberi impak yang negatif terhadap perlakuannya. Natijahnya, ia akan melahirkan individu yang mementingkan kepentingan diri dan memenuhi keperluan hawa nafsu yang cenderung kepada tindakan yang menyalahi tuntutan agama dan norma hidup masyarakat. Justeru itu, dengan memberi penekanan terhadap elemen tadhkiyyah, secara tidak langsung ia akan meneutralkan hati budi insan untuk bertindak secara beradab dan sentiasa memanfaatkan orang di sekelilingnya. 




Doa Abu Darda'

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mudah2an doa ini sentiasa dilazimi dalam setiap doa kita. Mudah2an kita dirahmati oleh Allah. itulah kesudahan dan kemuncak kepada penghidupan kita.



KeHiDuPaN Ku YaNg SeMaKiN BuSy....

diam x diam dh tgl lg 2 bulan aku akan menghadapi final exam aku di uitm. Sekarang masa-masa aku dipenuhi dgg buku-buku, assignment, test, library, group discussion dan hanya itu...Aku sangat berbangga kerana aku telah memenuhi sedikit kehendak hati yang selama ni aku tangguhkan segalanya demi org lain...Aku berjanji aku xkan sia2kan peluang yang aku ade sekang ni...Alhamdulillah bersyukur aku...Semoga Allah mempermudahkan segala urusan aku..Aku ingin mengubah kehidupan aku dan keluarga supaya menjadi lebih baik...insyaAllah..demi mak ayah dn kakak2 aku, aku akan berusaha segigih mungkin utk membuktikan yang aku akan berjaya dan lebih berjaya...
HAri-hari yang aku lalui penuh dgn kesempurnaan kini..cuma kadang2 aku tidak dapat menolak naluri hati ni..haha...bersyukur dgn apa yang ade, tp aku masih belum cukup..aku masih perlukan 'sesuatu' yang aku blm ada..Semoga suatu hari nanti, pasti tiba utk aku...

Keceriaan kini...study study n studying hard...bersama kwn2 sekelas, di Library Shah Alam..bagaikan rumah kedua aku dah sekang ni..sgt selesa ketika berada di situ..haha...selama ni aku mmg x suka pg library..bagaikan jatuh cinta dengan suasana library kat situ...haha..
Ok lah..wa cau cin cau...byk keje nak kene buat ni...

Arghhhhh..Rindunya...

rindunya saat hidup bergembira di zaman kanak2..aku rindu nk men lumpur kat padang...rindu nak mandi parit yg kononnya aku dan kawan2 pglnya sungai...haha...kwn2 aku dulu semua jantan2 belaka..x padan dengan pompuan...main bola, jd keeper lak tu..haha...panjat pokok rambutan dgn budak2 jantan kat kebun tepi rumah aku ni...teringat aku, kwn sekolah aku, hisyam yg kiteorg panggil yuyun..tangan dia patah gara2 panjat pokok rambutan...
kalau lah masa itu boleh aku singgah kembali, arrghhh mana mungkin..sesekali terkenang keindahan menjadi kanak-kanak..tiada masalah yang perlu kita lalui..tiada kesusahan yang perlu kita hadapi..tiada cinta yang menyakitkan hati..semuanye serba sederhana..semuanya apa adenya...hanya mengikut arus kehidupan yang serba sederhana..
kehidupan sekarang jauh lbh berbeza dgn kehidupan yang dulu..inilah hakikat..hakikat kehidupna yang kita kene terima dengan redha..Allah s.w.t MAha Mengetahui dgn apa yang telah diaturkan..semua yang terjadi pasti ada hikmatnya...

Monday 7 November 2011

EIDULADHA AL MUBARAK...

berbeza tahun ni, aku sekeluarga menyambut hari raya haji di Kelantan..di kampung kakak ipar aku...perjalanan bermula jam 5 pg hari sabtu..perjalanan yg kami jangka ambil masa 8 jam rupanya ambil masa leboh 15 jam..traffic jemmed kat mane2 je...Kampung kakak ipar aku tu pulak nuuuu hujung nu ha, Pengkalan Kubor..dekat dh sempadan thailand..alhamdulillah selamat pergi dan balik aku dan 2 org adik aku..kami balik awal sbb sewa kete utk 2 hari je..humm...sekang aku dok risau 2 kete lagi, kete ayah, kak long..diaorg masih dlm perjalanan..tp aku sgt risau...dan aku masih menunggu...