Pages

Friday 11 March 2016

Tentang Aku

Assalamualaikum..

Saat ni jam menunjukkan 12.40 tgh malam..mata belum nak tidur..laki aku n anak aku nyenyak tidur dah sampai ke bulan agaknya..aku??
Mengenang nasib atau memikirkan masa depan? Hmm entah.,
Lama x menulis..hampir lupa aku ade blog..dan mmg dah lupa apa nama blog aku..type n error je tadi..finally dpt gak..
Haa jeng jeng..munculnya aku sekang ni bukan lagi seorang gadis bujang..aku dh kawen tau..15 Ogos 2015 tarikh aku menikah dgn En Saiful Izham..biar aku terus terang malam ni..perkahwinan aku dgn dia bukan atas dasar cinta..tp aku sendiri x tau kenapa aku pilih dia..semua
Kerja Allah..jodoh kite dah ditentukan.Allah yang menggerakkan hati aku menerima lamaran dia..dia ni duda anak 1..ya Rabbi...skang aku ni suri rumah tangga sepenuh masa..dia x bg aku kerja tp menggalakkan aku sambung study aku setinggj yang boleh..rutin aku jaga kebajikan suami n anak aku..tugas sbg isteri x mudah..happy, sedih, marah, memberontak, manja, terlebih emosi, lumrah dlm hidup aku skang ni..dia melamar aku dgn yakin, minta aku cuba tempoh setahun utk hidup dgn dia, kalau aku x dpt kepuasan dlm rumahtangga aku, dia akan lepaskan aku jika aku nak.,
Hari ni hampir 7 bulan usia perkahwinan kami..masih sgt mentah..susahnya nak capai persefahaman
..aku sgt degil...keras kepala, dominant..dia lelaki yg menjaga ego..sbg suami dh tentu dia pk dia leader dlm rumahtangga, tp aku x tau kenapa aku sentiasa nak menentukan setiap perkara dlm urusan rumahtangga kami..aku sedar aku silap, tp aku x tau kenapa susah aku nak berubah..sikap jeles kan anak tiri aku masih ade even aku cuba ikhlaskan hati..aku terlalu cemburukan anak yg berusia hanya 4 tahun sbb dia terlalu sayangkan anak tu, x lepas membelai, memanjakan anak tu...x tau kenapa aku sgt jeles..hari2 aku cuba ubah persepsi negatif aku tu, tp aku x mampu..jiwa aku terseksa menahan rasa..tgk saja malam ni, dia tdo peluk anak je..aku terkial2 x dpt tdo, jiwa ni inginkan belaian manja seorg suami, aku masih merasakan blm cukup dpt perhatian dr dia sepenuhnya..adakah aku hanya tpt utk dia mencari ibu kepada anaknya yang sejak baby dah ditinggalkan si ibu kandungnya??? Entah la..sampai bila begini?? Ni lah ujian yg harus aku tempuh..bertahan dan terus bertahan...bersabar selagi daya..disamping berusaha terus berusaha menawan hati suami aku sendiri..tawakkal

Monday 21 January 2013

Ya Allah kuatkan semangatku, teguhkan imanku


Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Rintik-rintik hujan malam ini menjadi saksi luahan hati aku...lama kiranya tak menulis di ruangan blog ni...namun malam ni..di kala dingin nya malam, terpanggil aku untuk menulis dan meluah rasa...tatkala hati sendu mengenang apa yang berlaku malam ni...jiwa meronta ingin memohon maaf padanya...tapi jiwaku, hatiku sejak dr kecilku sangat ego, sangat degil!!! Jauh di lubuk hatiku, aku sangat menginginkan keadaan kegemberiaan keceriaan rumah ni kembali seperti dulu...kini, ia sunyi, ia tidak berpenghuni..hanya aku, hanya aku setia disini....

wahai hati, tabahlah dalam mengharungi segala pahit getir menuju kejayaan..ini dugaan, ini ujian buat ku...dari yang Maha mengetahui...Allah tidak akan membebani hambaNya di luar kemampuan hambaNya..

Aku tahu, dulu kini dan selamanya..kasih mak abah terhadap aku dan anak-anaknya yang lain tak pernah kurang....malah mak abah sangat tabah menjaga kami..tapi kenapa aku bersikap agak 'kurang ajar' malam ni...tangisan tanda penyesalan mula meresap dalam hati...dari dulu mmg berat mulut nk minta maaf kan!! tapi esok pg2, benda pertama aku mesti buat, memohon maaf pada abah...

Abah, anakmu ini kesedihan, anak mu ini menyesal..anak mu ini kesunyian...anak mu ini hanya bermain dengan dunianya tanpa siapa-siapa....

Mak abah..anak mu ini sangat merindukanmu...rindu ingin memeluk mak..rindu nak tidur dgn mak...tp apapun, anakmu ini sangat menghormati apa pun keputusan mak dan abah...semoga Allah memudahkan urusan perniagaan mak dan abah..memurahkan rezeki kita semua..

Wahai teman2..selagi hayat ibu dan ayahmu masih dikandung badan..hargailah jasa mereka...jika terlanjur perbuatan yang membuatkan hati mereka tersentuh..cepatlah tersedar..cepatlah memohon ampun..

Sunday 28 October 2012

MeNgApA SuKaR MeMoHoN MaAf & MeMaAfi sEsAmA KiTa


Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak menulis lagi..saya bukan blogger, tapi dari dulu saya suka meluahkan sesuatu dengan menulis. Saya menulis bukan dalam diari, saya tiada diari. Saya hanya menulis dalam kertas..habis menulis, saya terus buang, atau letak merata-rata. Dengan cara tu saja dapat saya kurangkan segala bebanan yang bersarang di kepala. 

Saya terpanggil nak kongsi cerita dengan semua orang..tanya hati kita semua, mudah tak kita memohon maaf dengan orang atau memaafkan orang lain yang membuat kesalahan terhadap diri kita??tanya hati anda semua..kalau anda tanya saya, saya memang mudah memaafkan orang lain, dan saya juga mudah memohon maaf walaupun kadang-kadang saya yakin saya tidak bersalah. Saya tahu harga maaf terlalu mahal buat kita. Tapi kekerasan juga bukan penyelesaian...

Saya pernah difitnah mcm2 dengan beberapa orang teman, baju saya yang sgt cantik dan mahal (kain hantaran bertunang) pun pernah digunting orang teman yang sgt dengki pada saya masa tu..tapi, alhamdulillah, bila saya memaafkan perbuatan mereka, saya jadi lebih tenang, malah sehingga kini saya masih baik dengan mereka..hanya salah satu cerita dari saya, bukan nak share cerita saya yang dah lapuk, tapi saya nak share macamana saya mendapat kekuatan untuk memaafkan semua orang yang pernah menyakiti mengkhianati hidup saya dari dulu sampailah sekarang.

Alhamdulillah..saya mudah mohon maaf dengan orang, tapi tak bermakna kita mohon maaf banyak kali, kita mudah mengulangi kesilapan itu lagi. Samalah dengan mudah memaafkan orang, tak bermakna kita ingat dia mudah buat silap lagi dengan kita. Jangan lah kita sentiasa berperasangka buruk terhadap orang, berfikirlah positif, berbuat baik sesama manusia. Itu adalah kebahgiaan sebenar kehidupan. Anggun di hadapan Allah, cantik di mata manusia. Apabila sifat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w menjadi ikutan kita, maka semua orang akan menyenangi kita, insyaAllah kita tidak akan ada musuh. Ke mana pun kita pergi, orang akan menyenangi sikap kita.

Bagaimana kita nak mendapatkan sikap mudah memaafkan dan memohon maaf sesama manusia. Mudah rasanya, dapatkan hati yang bersih, sihat tanpa penyakit. Penyakit yang saya maksudkan di sini ialah hati yang sihat dari sikap dengki, bersih dari busuk hati terhadap orang lain, lembut hati memaafi dan memohon maaf. Bagaimanan kita boleh mendapat hati yang bersih, sihat, dapatkan fadhilat-fadhilat solat. Tiangnya adalah mendapat kesempurnaan di dalam solat, insyaAlla, dapatlah kita fadhilat dari bersolat. Kalau solat kita betul jiwa kita tenang, hati kita terhindar dari sikap iri hati, dengki, baran, keras hati, maka dengan ini, hati kita mudah bersimpati dengan orang lain, mudah  lah kita memaafkan kesalahan orang lain walau sebesar mana pun kesalahan itu.

Bagaimana kita nak mendapatkan fadhilat2 solat tu..pokoknya hanya solat yang betul. Menjaga solat dai awal kita berwuduk. Bayangkan kalau wuduk kita cincai boncai, apakah solat kita sah. Terima atau tidak diterima ibadat kita, wallahualam, hanya Allah boleh tentukan. Kita tidak dapat menilai, tapi kita sebagai hambaNya, alang-alang buat ibadat, biarlah mendapat ibadah yang tinggi darjatnya. Samalah macam, alang-alang basah ambil wuduk, wuduk lah dengan sempurna. Ala 5 minit je pun amek wuduk...kita semua maklum, wuduk bermakna kita meratakan air ke bahagian2 tertentu anggota badan. "Meratakan" ye bukan mengalirkan air..maknanya ratakanlah air dgn tangan kita, bukan halakan air tu...itu salah satu cara berwuduk dgn betul..selebihnya, byk info kita boleh belajar dari internet atau buku. Type je cara-cara berwuduk dengan betul..saya rasa kat link you tube ni membantu..amat lengkap steps berwuduk..
                          http://www.youtube.com/watch?v=9qjsTqc2lVE&feature=related

Apabila kita sudah mendapat wuduk yang sempurna, lakukan lah ibadat dengan sempurna. Pada saya bila mulut berbicara membaca doa, maka hati turut menyelami makna bacaan2 kita, baru lah dapat solat yang kusyuk..itu apa yang saya buat untuk mendapat kan solat yang kusyuk. Menjaga bacaan al-Fatihah juga sangat penting untuk mendapat solat yang sempurna. Mohonlah pada Allah di dalam doa kita dengan bersungguh-sungguh. InsyaAllah, Allah maha pengasih terhadap hamba2Nya yang bersungguh-sungguh memohon sesuatu dariNya. 

Tiangnya di sini, adalah solat. terjaga solat maka dapatlah kita menghindari diri dari sikap2 tercela dan terpelihara sikap mulia dalam diri kita. Jadikan sunnah Rasulullah s.a.w sebagai ikutan dalam kegiatan seharian kita. Semoga Allah s.w.t menjadikan kita hamba2Nya sebagai orang yang menyintai Rasulullah s.a.w. Amin... 


Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Friday 26 October 2012

Makna AidilAdha buat kita... 26.10.2012

Apakah Makna Hari Raya Aidiladha.. Bilakah umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha.. Adakah Hari Raya Aidiladha hanya disambut di mekah.. Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

berkongsi Petikan dari seorang sahabat

Saturday 20 October 2012

Tiada duka yang berpanjangan


Assalamualaikum...

Hai semua..kata-kata di atas adalah kata-kata yang boleh kita renungi bersama..semoga kita lebih bermuhasabah diri..insyaAllah..

La TaHzAn..Jangan Bersedih


Assalamualaikum sahabat-sahabatku sekalian...

Ya Allah Ya Rahman Ya Karim..sesungguhnya Allah itu maha pengasih kepada hambaNya..Janganlah kamu berduka di saat ujian datang menimpa kamu..Kembalikan semangatmu wahai sabahat..Allah menemani setiap saat jika kamu mendekatiNya..InsyaAllah, janji Allah itu pasti..

Siapa yang tidak punya masalah hidup di dunia ini. Dunia adalah tempat perjudian..kita semua berjudi masa depan kita. tersilap langkah jauh lah tersasar...Sahabat, aku di sini menulis bukan kerna nama...namun aku menulis atas dasar perkongsian pengalaman bersama kamu wahai sahabat. Berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku lakukan untuk mencari ketenangan...

Jauh mana pun kita terpaksa melangkah, besar mana pun permasalahan kita, ingatlah, bahawa Allah menjadikan sesuatu itu dgn 1001 sebab. Dari Dia kita datang, maka dengan Dia lah kita kembali. Jadi, ke mana pun kita pergi, apa pun yang kita lakukan, hanya Allah teman sejati kita. Hanya kepada Allah kita berserah selepas penat kita berusaha..

Jika kamu ditimpa masalah, ingatlah, masih ramai lagi manusia lebih menderita ditimpa musibah di luar sana berbanding kamu..

Sebelum ini, aku seorang yang tidak kuat semangat..sejak kecil, dugaan tak pernah henti menimpa aku dan keluarga..sehinggalah sekarang, x pernah putus masalah harus aku hadapi..kalau dulu aku sentiasa bersangka buruk terhadap dugaan yang dtg, tp kini aku insaf, aku kuat menghadapi apapun, satu demi satu masalah terlerai..usaha, tawakal tu aa'lallah...walaupun x sepenuhnya masalah aku selesai, sekurang-kurangnya, jiwa aku bertambah tenang menghadapinya. Positifkan minda, yakinlah bahawa satu hari nanti, atas kepayahan ini, ade kebahagiaan menyusul..

Bukakan hati kita mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat..kalau dulu aku segan untuk menutup auratku, tapi kita aku x malu menjadi muslimah yang dituntun Allah..Islam bukan nama, tapi pengertian Islam meresap masuk ke dalam hati..merayu keampunan, memohon kebahgiaan..hanya Allah akan memberi kita kebahgiaan itu..yang kekal di sini atau di akhirat kelak..

Kalau dulu aku takut untuk berhijrah, kerana tiada kekuatan, kerana takut tidak mendapat tempat bekerja, namun, masih ada rezeki yang Allah beri walaupun aku menutup aurat bertudung..Alhamdulillah, ketenangan ini yang kucari, menjadi diri aku sendiri...menjadi muslimah Islam yang sejati, walau belum sepenuhnya di pandangan mata umum...sehari demi sehari aku akan cuba memperbaiki diri..

Kerana kesusahan dan kepayahan itu lah, aku menjadi seorang wanita yang kuat, berdikari dan berfikiran positif sekarang ni..Sahabatku, aku memahami penderitaan yang kamu tanggung..tapi, aku yakin, jika kau sama sepertiku, mengejar kebahgiaan di akhirat juga, maka kau akan bertemu kebahgiaan yang kau cari..

Janganlah kau bersedih wahai sahabat..kehilangan rakan2 di kala kesusahanmu, adalah kehilangan bala dlm hidupmu, maafkan lah mereka..sesungguhnya hidupmu hanya kehilangan rakan2 senangmu..tapi tahukan kau, kau menjadikan Allah sebagai kekasihmu, Rasulullah sebagai idolamu, itu lah kebahgiaan sebenar-benar kebahgiaan..InsyaAllah..

Wallahua'lam..

Dari Penaku..

Siti Honeyza...

BaHaGiAkAn HaTiMu...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Lama rasanya saya tak menjenguk blog ini..mula-mula berblog, rajin la..tapi lama2 xde masa, rasa malas..

Alhamdulillah hari ni rasa excited nak menulis...nak share segala keceriaan yang saya hadap sehari demi sehari perjalanan hidup, walaupun semakin payah menghadapi dunia yang sgt2 mencabar ni..

Demi Allah, Tuhan sekalian alam, hanya Allah tempat kita mengadu, yang penting yakin, yakin setiap yang direncanakan kepada kita sentiasa ade hikmah terbaik buat kita..

Hari ni, saya teringin nak share perkara asas dalam mencari ketenangan dalam keredhaan Allah s.w.t..susahkah kita mencari ketenangan dalam hidup?Susahkah kita menjadi muslimin dan muslimat sejati di hadapan Allah??

InsyaAllah, mudah..sangat mudah..semoga kita semua sentiasa di bawah lindunganNya..amin.

Di sini, tetapkan HATI, kuatkan HATI, namun jangan ikutkan kata HATI..insyaAllah, kenali HATI kita, suci?kotor?sakit?

Para sahabatku sekalian, tanyalah diri kita, apa status hati kita? bersih?kotor?sakit?gembira? jujurlah dgn diri kita. Siapapun tidak ingin hati yang sakit..maka dengan ini, sucikanlah HATI kita..perbanyakkan zikrullah..jangan sunyikan diri kita dgn istighfar..sesungguhnya dosa itu pasti..pasti ada dalam diri kita..

Allah menjadikan manusia sebaik2 sempurna manusia..yang paling sempurna adalah manusia..maka, suburkan iman carilah kemuliaan, Lapangkan dada hentikan ratapan, BAWA HATIMU KEPADA TUHAN, mengharap hadir jiwa kehambaan..insyaAllah..

Saya tertarik untuk berkongsi sesuatu yang amat penting utk kita dalam hidup di dunia yang fana ini.."BERILAH KEMAAFAN, MUNGKIN INI TIDUR TERAKHIRKU"

Pabila terbenam matahari, malam menjelma, malam adalah masa utk kita semua merehatkan badan setelah seharian berjaga, bekerja mencari rezeki dan keletihan melayan kerenah keluarga..Malam bertambah indah dengan rembulan tersenyum, dan taburan jutaan bintang di langit..Syahdunya malam dengan zikir sang unggas dan mergastua bertasbih memuji Illahi..

Sungguh, Allah menjadikan ini tidak ada yang sia-sia. 1001 pengajaran dan hikmahnya. Rasulullah s.a.w mengumpakan tidur ini sbg "mati kecil". Kerana itu agaknya kenapa kita disunatkan berwuduk, berzikir, beristigfar, memaafkan kesalahan orang lain, dan berwasiat sebelum mati. Manalah tahu, entah-entah tidur kita pada malam itu juga adalah tidur yang terakhir. Tidur yang penghabisan. Berapa banyak sudah berlaku?Berapa banyak warga dunia yang berangkat pulang ketika tidurnya?Pergi menghadap Illahi membawa diri yang lalai daripada Allah s.w.t, diri yang berlumuran dosa, dan dada yang penuh dendam kesumat dengan sesama muslim.

Maka sucikanlah hatimu wahai sahabat2 ku..maafkanlan kesalahan sesiapa sahaja di antara kamu..sucikanlah hatimu dengan ISTIGHFAR..insyaAllah, Allah itu maha pengampun, maha pengasih lagi maha penyayang..YAKIN ALLAH ITU MAHA ADIL terhadap hambaNya..pasti ada sinar kebahgian utk setiap hambaNya..namun, jgnlah sesekali kite melupakanNya..insyaAllah..

"Ya Allah ya Tuhanku, jika tidurku ini tidur yang terakhir buatku, maka ampunkanlah segala dosa, maafkanlah segala kesalahanku, dan redhalah pada diriku. Dan ampunkan lah dosa2 kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak dr kecil lagi"

Alhamdulillah...semoga kita semua sentiasa di bwh rahmatNya..amin...

Selamat malam semua..Assalamualaikum..