Pages

Monday 24 October 2011

CiNtA - AnTaRa BaHaGiA AtAu SeNgSaRa


Ramai yang merana kerana cinta dari bahagia...ke mana dan di mana hala tuju cinta, kita yang merancang dan meletakkannya...kita yang bertanggungjawab atas segala apa yang kita tanggung, samada bahagia, derita atau sengsara...
AKu tak tahu kenapa aku nak juga cerita pasal benda ni. Mungkin korang semua muak bila aku bercerita tentang cinta..Cinta, cinta dan cinta..Cinta terlalu subjektif untuk diperkatakan. Namun aku suka untuk berkongsi cerita tentang cinta. Mana tahu boleh motivate orang lain kat luar sana.
Dalam hidup kita, kita perlu meletakkan diri kita sejajar dengan kemampuan kita. Kita tidak perlu mendongak ke langit yang sangat tinggi. Berpijak dibumi yang nyata. Mengharap sesuatu setinggi langit biru...ingin terbang tinggi menggapai bintang di langit..Tidak mungkin ia berlaku...
Kenapa aku selalu mendengar keluhan2 derita dari pencinta2 di luar sana?. Sampai ada yang sanggup telan pil tidur kerana cinta. Sampai ada yang sanggup lari jauh dengan keluarga kerana cinta?? Adakah itu jalan penyelesaian untuk melupakan sebuah perhubungan yang telah terjalin??Ada yang bertahun menutup pintu hati terus dari menerima cinta dari insan lain. Kita tidak boleh menidakkan takdir.
Kenapa kita menderita kerana cinta yang gagal?. Sebenarnya. kita tidak pernah menghayati hakikat sebenar kehidupan. Kita terlalu mengikut perasaan. Cuba kalau kita fikir2 balik, renung2kan, ramai lagi manusia kat luar sana yang jauh lebih menderita. Lebih dasyat, malah bukan disebabkan CINTA. Berapa ramai ibu kehilangan anak kandung mereka?Anak mati lemas, anak dibunuh bapa sediri depan mata ibunya, anak diculik, dan kehilangan2 keluarga terdekat. Hilang untuk selamanya.. Cinta mereka jauh lebih bererti dari cinta kita terhadap kekasih. Hanya bergelar kekasih! Adakah takdir dan penderitaan mereka hanya sebuah jalan cerita sedih yang biasa?
Pandang dan buka mata hati luas2, di sebalik apa yang berlaku sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi. Apa yang tersurat, memang ada hakikat yang tersirat. Kadang-kadang kita lupa kenapa Allah s.w.t menarik nikmat keindahan dan kebahgiaan yang pernah kita miliki. Allah s.w.t terlalu sayangkan hamba-hambaNya. Mungkin itu adalah peringatan awal Dia terhadap kita supaya kita sentiasa mengingati Dia.Yang penting, kita kene yakin bahawa Allah s.w.t itu MAha Adil kepada hamba2Nya. Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan kita. Percayalah, setiap sesuatu yang ditakdirkan ke atas kita, pasti ada hikmah yang tersembunyi.

Aku pun pernah putus cinta juga, malah aku dan bekas tunang aku berhabis ribuan ringgit untuk bertunang. Bertahun menyulam cinta, bila bertunang, x sampai setahun dah putus. Tapi aku redha, ada sesuatu yang menjadi punca perpisahan.Samada kita sedar atau tidak. Mungkin perpisahan itu membawa kebaikan yang mungkin kita takkan dapat bila kita masih bersama. Memang segala kemungkinan itu, kita susah nak mengetahuinya, tapi jika kita yakin, ada sesuatu tersembunyi di sebaliknya, nescaya kita akan tenang menghadapi dugaan perpisahan itu. Sehingga kini aku masih belum dapat menerima orang lain dalam hidup aku. Bukan kerana kecewa lantaran kegagalan cinta yang lama, tapi, soal hati memang kita tidak boleh dipaksa. Hakikat tetap hakikat.
Aku tak nafikan, dalam hidup aku terlalu byk dugaan yang aku telah tempuhi, malah ada yang sedang aku lalui..Hanya Allah s.w.t sahaja tahu apa yang aku lalui kini. Namun aku hadapi dgn penuh kesabaran dan kekuatan. Kekuatan terbina atas dasar kesabaran dan keyakinan. Dan aku sedar, bahawa aku perlu kuat untuk menggalas beban2 hidup ini.
Aku bersyukur, kerana sehingga kini aku diberi peluang untuk menjalani hidup ini dan memperbaiki segala kelemahan diri. Menyelesaikan satu persatu masalah yang ada. Menjadikan hidup aku lebih matang dan bermakna dari meniti arus kehidupan. Jangan sesekali mudah berputus harap. Yang penting, yakin..yakin Allah membantu kita, yakin ada hikmat atas apa yang berlaku. Dan jangan sesekali kita lupakan Dia bila hidup kita dah senang. Semoga apa yang aku share ngan korang kat luar sana, lebih memberi manfaat. Dan hanya kita yang dapat membawa cinta itu ke arah kebahgiaan dunia dan akhirat. Wassalam.

No comments:

Post a Comment