Apakah Makna Hari Raya Aidiladha.. Bilakah umat islam akan menyambut
Hari Raya Aidiladha.. Adakah Hari Raya Aidiladha hanya disambut di
mekah.. Aidiladha dikenali sebagai Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji
dirayakan di seluruh dunia.. Ia merupakan hari raya yang terbesar di
dalam islam selain Aidilfitri. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh,
sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah..
Bermula
dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat
sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan
diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11
atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.Aidiladha adalah perayaan yang istimewa
kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran
anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Pada
hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik,
paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi Hari Raya
Korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2
rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat
kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit
berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu
solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk
penyembelihan korban.Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri
pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar
zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum
pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya
makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang
berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu,
kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara
beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang
ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha
disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung
Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan,
tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati
kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada
Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan
berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang
akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon
kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah
pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama
mereka.
berkongsi Petikan dari seorang sahabat
No comments:
Post a Comment